USAHAWAN dan pempengaruh, Khairulaming memuji kebaikan rakyat Malaysia yang membantu dengan memberi bantuan barangan keperluan buat mangsa banjir yang terkandas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan.
Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, memuji tindakan tersebut selepas membuat hebahan untuk mana-mana rakyat di Kelantan yang mahu membantu untuk menyalurkan barangan sumbangan di PPS.
Teruskan Membaca“Tengoklah betapa baiknya orang kita. Terima kasih semua,” katanya ringkas melalui laman X.
Menerusi video berdurasi 3 minit 20 saat itu, antara barangan yang disumbangkan oleh orang awam termasuk peralatan mandian, makanan ringan dan barangan asas buat bayi seperti lampin, susu dan tisu basah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji Khairulaming yang benar-benar memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut mengikuti sikap dermawannya.
“Ramai yang bersedekah sebab pengaruh positif Kharulaming. Alhamdulilah semoga kalian semua diperluaskan rezeki dan terima kasih semua orang baik,” komen ItsReezha.
“Awaklah inspirasi mereka, Khairulaming. Orang-orang baik masih ramai di luar sana, mereka muncul bila terpanggil dgn seruan awak utnuk sama-sama membantu,” kata Rhea_Murasaki.
Khairulaming membuktikan pengaruh positifnya apabila sikap dermawan rakyat Malaysia terserlah melalui bantuan kepada mangsa banjir, mencerminkan nilai murni masyarakat yang tidak pernah surut menghulurkan bantuan ketika diperlukan. — KL Viral
Baca juga: