Oleh: Haikal Tajuddin
ZAMAN sekarang ini, banyak pasangan suami isteri memang suka membudayakan konsep ‘curang’ sebagai salah satu konten untuk mencari publisiti.
Teruskan MembacaSatu video tular di aplikasi X, mendapati bahawa seorang isteri melihat suaminya keluar dari kereta bersama seorang perempuan muda.
Dengan perasaan berang yang membuak-buak, si isteri terus mengekori suaminya sehingga ke dalam bilik rumahnya.
Walaubagaimanapun, itu hanyalah gurauan yang dibuat oleh si suami bersempena dengan hari ulang tahun isterinya.
Akibat dari perkara tersebut, video yang tular itu mendapat kecaman hebat dalam kalangan warganet sehingga mendakwa si suami sebagai individu yang membudayakan ‘kemandulan akal’ kerana melakukan tindakan sedimikian rupa.
Rata-rata warganet memenuhi ruangan komen dengan kata-kata keji terhadap perbuatan lelaki tersebut yang tidak menghiraukan perasaan isterinya.
“Nak prank (gurauan) hari lahir isteri, tidak perlu berkonsepkan curang, bini muda, atau tangkap basah. Buatlah cara yang tidak menyakitkan hati dan tidak biadap. Soalah-olah menormalisasikan curang ini dalam kalangan pasangan,” komen Oliver.
“Kesian perempuan tu, tak sabar nak hempuk kepala lelaki tu pakai helmet,” balas whit3rose_.
“Sebenarnya suami dia saja je, lain kali kalau kantoi boleh cakap nak buat prank,” komen Lehsolehuddin.
“Cuba interview bini dia selepas kejadian, mesti dia cakap ‘wakenabeb’,” kata Aiman Haikal. — KL Viral
Baca juga: