TULAR sebuah video di laman sosial yang memaparkan kebersihan sebuah premis makanan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berada pada tahap tidak memuaskan.
Video yang berdurasi 58 saat itu tular di X, perakam video berkenaan menunjukkan baldi yang berisi pinggan mangkuk belum dicuci itu didatangi oleh seekor tikus.
Teruskan MembacaPerakam video berkenaan turut menyatakan premis tersebut dimiliki oleh warga asing dan kebanyakan premis makanan di kawasan tersebut juga dikendalikan oleh mereka.
Katanya, dia menyarankan orang ramai untuk tidak makan di premis berkenaan kerana tahap kebersihan yang meragukan kerana munculnya haiwan perosak tersebut.
“Korang semua hati-hatilah, ini pun kali pertama dan terakhir aku makan disini,” tegasnya dalam video tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut menyatakan rasa jijik terhadap keadaan premis tersebut dan turut mempersoalkan sama ada penguatkuasa memainkan peranan dalam memantau keadaan ini ataupun tidak.
“Mana-mana pihak kesihatan tolonglah pantau mana-mana kedai makanan seperti ini,” kata Sitimunirah5346.
“Selamba letak pinggan mangkuk macam itu sahaja, kebersihan tahap ‘mantap’ sangat ni,” sindir Insansesucialam.
“Budaya pengotor sudah sampai di Malaysia. Selagi tiada orang buat laporan, sampai bila-bila takkan ada apa-apa tindakan,” kata BangJimmmmm.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memastikan tahap kebersihan kita dan berhati-hati dalam mengunjungi mana-mana premis bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur, malah di mana-mana kawasan untuk mengelakkan diri daripada mengunjungi gerai makanan yang kotor.
Ini kerana makanan yang diragui tahap kebersihannya boleh membawa risiko kesihatan kepada kita terutamanya keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan yang lain. — KL Viral
Baca juga: