Terkini

Warganet berang wanita simbah air panas kepada lelaki OKU tanpa motif

SEORANG lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) melecur pada bahagian depan dan belakang badannya setelah disimbah air panas oleh seorang wanita pada pagi Jumaat di Rajawali I-Park, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Perkara tersebut mula mendapat perhatian ramai menerusi video yang tular di laman sosial, memaparkan kejadian terebut yang berlaku di dalam lif sebuah kawasan kediaman.

Dalam video berdurasi 20 saat itu, mangsa memasuki lif yang turut dinaiki oleh suspek dan secara tiba-tiba suspek menyimbah mangsa dengan air panas dari botol air miliknya.

Menerusi hantaran di X oleh Mohd Redzuan Abdul Manap, mangsa yang berusia 33 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

“Namun, polis masih belum membuat tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Warganet turut berang dengan perlakuan wanita tersebut kerana lelaki berkenaan tidak melakukan apa-apa kepadanya dan ramai menanyakan motif wanita tersebut tergamak bertindak sedemikian kepada seorang OKU.

“Dia (mangsa) tiada ancaman apa-apa pun, kenapa perlu disimbah air panas itu?” soal Duan Maestro.

“Sudah kenapa makcik ni, orang tu tiada buat apa pun kat dia. Seeloknya makcik ini pula disimbah dengan minyak panas! Kejam betul perangainya tiba-tiba simbah orang dengan air panas. OKU pulak tu!” komen Mast851.

“Engkau dah kenapa makcik, dia tak usik engkau pun!” kata Coffee15_9.

Namun, sesetengah daripada warganet turut menyatakan suspek mempunyai masalah mental dan sering membuat masalah disana namun masih tiada pengesahan daripada pihak berkuasa. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top