Seorang wanita mendakwa ada individu lelaki yang merakam video di bawah kainnya dengan menggunakan kamera telefon pintar.
Kejadian itu kemudian menjadi tular di platform X selepas wanita berkenaan mendedahkan perbuatan lelaki itu.
Teruskan Membaca“Kepada sesiapa yang menaiki MRT/LRT, tolong berhati-hati dengan lelaki ini. Saya sudah membuat laporan polis. JIka ada sesiapa kenal tolong DM saya,” katanya.
Hantaran itu mendapat respon daripada keluarga lelaki berkenaan yang mempersoal tindakan wanita itu menuduh tanpa bukti selain menularkan wajah adiknya.
“Salam. Ini adik saya dalam video ini. Adik saya dah buat cover report dan dia dah cerita semuanya dekat saya.
“Kalau adik saya tak ada bukti lepas awak check, kenapa nak viral sampai macam ni lagi kan. Sekian,” balasnya.
Bagaimanapun, wanita itu menegaskan dia tidak akan membuat sebarang tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.
“Waalaikumusalam, adik awak ada dua telefon. Saya mintak awak check dua dua telefon. Lama dia delay masa saya minta telefon tu dekat dia.
“Kalau dia tak buat apa-apa, kenapa dia mencangkung belakang saya siap buka kamera dan ada flashlight ya? Saya takkan tuduh kalau saya tak nampak,” tegasnya.
Namun, terbaharu wanita itu memaklumkan pihaknya sudah bertemu keluarga pelaku dan berbincang mengenai insiden tersebut.
Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan dan pihak forensik sedang mengenal pasti sama ada wujud atau tidak video berkenaan didalam telefon milik pelaku itu.
Baca juga: