SEBAGAI tuan rumah dan penduduk di Malaysia, sudah tentu kita akan menunjukkan perkara yang baik-baik sahaja buat para pelancong yang memilih untuk menjelajah negara kita.
Namun, perkara sebaliknya dilakukan oleh seorang pemandu e-hailing di satu kawasan yang dipercayai di Pulau Pinang apabila dia memilih untuk memburukkan imej Malaysia dan agama rasmi negara, Islam kepada pelancong yang menggunakan khidmatnya.
Teruskan MembacaDua orang pelancong lelaki dan wanita dari England tersebut dikejutkan dengan hinaan pemandu tersebut yang menyatakan hidup di Malaysia dikatakan terikat kerana harus mengikut peraturan agama Islam.
Menurutnya, manusia perlu berseronok dalam kehidupan dan bukannya perlu mengikut peraturan dalam agama yang dikatakan ‘tidak bebas’.
“Disebabkan di sini (Malaysia) merupakan negara Muslim, jadi kita perlu ikut agama mereka dan ia sangat tidak adil.
“Mereka (orang Islam) tidak minum minuman keras dan tidak berjudi, jadi mereka melarang perbuatan tersebut dalam negara ini hingga tiada lagi hiburan seumpama hidup di dalam gua,” kata lelaki tersebut kepada pelancong itu dalam video tular berdurasi 2 minit 20 saat tersebut.
Pemandu tersebut juga menyatakan kehidupan di Malaysia juga boleh diibaratkan seperti di hutan dan hanya bermain dengan kera untuk dijadikan hiburan.
Rata-rata warganet meluahkan rasa berang terhadap perbuatan lelaki berkenaan yang terang-terangan memburukkan imej negara sendiri kepada pelancong dan mengecam perbuatan lelaki tersebut.
“Bila masa kami mahu kamu ikut ajaran agama kami? Kami hanya mahu kamu menghormati agama kami bagaimana kami mempercayai kepercayaan kamu. Kalau kamu tidak faham pasal itu, tidak perlu pun kamu memburukkan imej negara kepad apelancong,” komen AmirulAsa.
“Apa lah pak cik ni. Kita tak kacau you punya Tuhan pun. Hormatilah satu sama lain, itu pun susah ke? Kita sama-sama cari makan dekat Malaysia,” kata MEzwandey.
“Kalau aku, aku cari mat salleh tu dan tunjuk kecantikan sebenar Malaysia tanpa perlu berjudi atau mabuk. Kesian sebenarnya manusia yang hidupnya nak enjoy dengan berjudi dan mabuk,” komen Anna Hadi.
Oleh itu, kita perlu mengambil iktibar daripada video yang tular tersebut dengan menghindari perbuatan yang menunjukkan keburukan negara khususnya terhadap pelancong yang bercuti dalam negara kita. — KL Viral
Baca juga: