HAIWAN peliharaan seperti kucing memang sangat comel bila dijaga dengan baik tapi betul ke ‘si bulus’ akan setia dengan satu tuan je?
Menerusi satu ciapan di laman X, yang dikongsikan oleh @isusemasaviral berkenaan seekor kucing yang tidak mahu balik ke rumah tuannya selepas mendapat makanan daripada seorang jiran juga mempunyai haiwan peliharaan itu.
Teruskan MembacaIndividu tersebut merupakan jiran kepada tuan punya kucing berkongsi permulaan kisah si bulus yang mahu tinggal terus bersamanya.
Difahamkan, tuan asal kucing tersebut meminta pertolongan untuk memberikan makanan yang mereka sudah sediakan kepada kucingnya itu kerana mahu pulang ke kampung.
Lebih menariknya, individu itu turut menukarkan makanan kucing itu kepada makanan yang lebih enak iaitu campuran makanan basah dan biskut untuk kucing.
Kemudian, hari demi hari si bulus mula selesa dan mengikutinya, malah apabila tuannya pulang ke rumah, kucing tersebut terlihat seperti ingin ‘berpindah rumah’ kerana sering ke rumahnya.
Akhirnya, kucing tersebut memilih untuk duduk bersamanya kerana tuan asalnya tidak dapat terus membela haiwan itu oleh sebab isterinya baru sahaja melahirkan anak.
Oleh itu, jika mahu membela haiwan peliharaan kita haruslah bertanggungjawab dan memberikan penjagaan yang baik agar mereka juga berasa gembira dan selamat. — KL Viral
Baca juga: