TIDAK salah sekiranya kita mahu meluangkan masa ‘melepak’ bersama rakan-rakan sambil menikmati pemandangan tidak kira di mana sahaja kita berada.
Namun, keselamatan perlu dijadikan aspek utama sebelum kita menikmati pemandangan sambil berbual bersama rakan-rakan.
Teruskan MembacaBerbeza pula buat beberapa individu yang sedang ‘melayan perasaan’ di atas bumbung bangunan 15 tingkat pada waktu malam.
Menerusi dua buah video tular berdurasi 13 dan 21 saat berkenaan, ia memaparkan beberapa orang individu yang tidak dapat dikenal pasti sedang asyik ‘healing‘ di atas bangunan berkenaan.
Individu yang memuat naik video berkenaan di laman X menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur.
Video yang tular tersebut turut menimbulkan rasa kurang senang warganet yang berang dengan perlakuan individu terbabit.
“Aduh korang ni. Kalau kena panah petir dan menyusahkan orang lain,” kata Tuciticu.
“Menyusahkan bomba, Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL) serta residen di situ kalau ada yang jatuh hingga mengakibatkan kematian. Tak memasal orang lain trauma sebab ada mayat bersepai kat bawah,” komen Tuiter04.
“Terpaling ‘healing’ lah tu?” sindir WiraEhsn.
“Ni jawapannya biarlah diorang tu nak mati agaknya,” kata EzadLuncai.
Namun begitu, individu berkenaan bernasib baik kerana tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka.
Walau bagaimanapun, kita perlu menjaga keselamatan diri dan harus mengelakkan diri kita dari terdedah daripada mara bahaya. — KL Viral
Baca juga: