EMPIRE, label indie berpangkalan di San Francisco menjadi tumpuan ramai setelah pengumuman bahawa ikon Korean pop (K-pop) terkenal, G-Dragon, menyertai label tersebut.
Label ini dikenali bukan hanya kerana pendekatannya yang menyokong artis bebas tetapi juga kerana pendirian tegasnya terhadap isu-isu kemanusiaan, terutamanya sokongan berterusan terhadap Palestin.
Teruskan MembacaKetua Pegawai Eksekutif (CEO) EMPIRE, Ghazi Shami, yang berketurunan Palestin-Amerika, telah mengekalkan bendera Palestin sebagai gambar profil media sosial rasminya, mengisyaratkan sokongan terbuka terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di rantau itu.
Dalam konteks ini, peminat menganggap kerjasama antara G-Dragon dan EMPIRE sebagai lebih daripada sekadar perjanjian muzik. Ia membawa mesej yang lebih besar tentang kebebasan ekspresi dan sokongan terhadap hak asasi manusia.
“Ia merupakan langkah yang sangat berjiwa besar. Kita perlu support,” komen 4baepink.
“Pilihan G-Dragon untuk menandatangani kontrak dengan label yang dimiliki oleh Palestin adalah sesuatu yang terpuji, kerana dia mengarahkan hasil muziknya untuk menyokong tujuan amal. Tindakan ini menunjukkan komitmennya untuk memberikan impak positif,” kata Hijabigirl6323.
Dalam perkembangan lain, G-Dragon atau nama sebenarnya, Kwon Ji-Yong telah melancarkan single terbaru bertajuk POWER pada Khamis di bawah label tersebut.
“POWER mencerminkan intipati muzik. Saya mengekspresikan diri saya melalui muzik. Ini adalah permulaan era baru, dan saya berharap dapat memberi inspirasi kepada pendengar melalui muzik saya,” katanya, lapor Billboard.
Gabungan semangat bebas EMPIRE dan ekspresi mendalam G-Dragon pasti bakal mencipta karya yang tidak hanya artistik tetapi juga penuh inspirasi untuk peminat seluruh dunia. — KL Viral
Baca juga: