PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke majlis rumah terbuka Presiden Kongres India Malaysia (MIC) Tan Seri SA Vigneswaran Sanasee pagi tadi.
Beliau memenuhi undangan tersebut bagi meraikan sambutan Deepavali bersama teman-teman dan merakamkan ucapan terima kasih dengan layanan baik serta menyediakan hidangan yang menyelerakan.
Teruskan MembacaKatanya, beliau mengharapkan agar sempena dengan sambutan tersebut mereka dilimpahkan dengan kebaikan buat keluarga Vigneswaran serta teman-temannya.
“Terima kasih atas layanan baik dan santapan yang menyelerakan.
“Semoga sambutan Deepavali ini melimpahkan kebaikan buat keluarga saudara Vigneswaran dan teman-teman, serta semua yang menyambut perayaan ini,” katanya di Facebook pada Khamis.
Sementara itu, Anwar turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani di Depot Sentul, Kuala Lumpur dengan mengenakan baju tradisional masyarakat India berwarna coklat.
Majlis anjuran Kementerian Digital itu meriah dengan kehadiran kira-kira 5,000 tetamu pelbagai kaum yang menikmati sajian dari 20 reruai makanan.
Pelbagai hidangan menarik disediakan, termasuk Panipuri, Laddu, Jalebi, Appam, Nasi Lemak Goreng, Pakoras, Teh Masala, Thosai, Chapati, dan banyak lagi, menawarkan pengalaman kulinari pelbagai budaya yang memperkaya suasana majlis.
Baca juga: