DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meroboh struktur kedai makanan yang dibina tanpa kelulusan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada tengah hari Jumaat.
Kedai ini dibina atas tanah rizab awam tanpa kebenaran pihak DBKL dan mereka telah diberikan notis untuk mengosongkan premis sejak 19 Mei tahun lalu.
Teruskan MembacaKesalahan ini diambil tindakan menerusi Seksyen 26, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982.
Tindakan ini adalah hasil kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Pejabat Cawangan Seputeh serta pasukan agensi sahabat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Air Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
DBKL turut menyatakan perjalanan lancar tindakan ini dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membanteras perniagaan di tanah awam tanpa kebenaran DBKL. — KL Viral
Baca juga: