Terkini

Rejuvenasi Kuala Lumpur melalui geran kreatif KL

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Malaysia, Dr Zaliha Mustafa melancarkan sebuah program Geran Kreatif KL anjuran Think City dengan kerjasama DBKL.

Jelas Zaliha dalam satu kenyataan, beliau sangat teruja berada di kawasan fesyen dan tekstil yang merangkumi Jalan Melayu, Jalan Bunus dan Jalan TAR yang dikatakan mempunyai kepentingan sejarah dan budaya yang cukup signifikan.

“Saya menyokong penuh usaha untuk menjadikan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai daerah kreatif dan kebudayaan serta kawasan ini sebagai presint fesyen dan tekstil.

“Saya amat mengalu-alukan usaha untuk merejuvenasi Kuala Lumpur sebagai sebuah daerah kreatif dan kebudayaan yang dirujuk sebagai Kuala Lumpur Creative and Cultural District atau KLCCD,” katanya.

Tambah Zaliha, Kuala Lumpur yang juga ibu negara kepada Malaysia perlu dinaik taraf sebagai hub budaya dan kreativiti selain sebagai pusat ekonomi semata-mata.

Usaha penjanaan semula dan pembaharuan ini menyumbang kepada peningkatan branding dan kedudukan Kuala Lumpur di persada antarabangsa serta akan mengukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai pemain utama dalam ekonomi global.

Untuk info, inisiatif ini adalah antara persediaan Kuala Lumpur dalam menghadapi Tahun Kepengerusian MYASEAN pada tahun hadapan dan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 nanti.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top