Perarakan Wanita atau perhimpunan Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 dijadual akan diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo di Kuala Lumpur pada 9 Mac depan (Sabtu) bermula pukul 9 pagi.
Wakil penganjur himpunan Deborah Augustin berkata, perarakan itu bertujuan untuk membangkitkan 10 tuntutan termasuk menghapuskan keganasan berasaskan jantina, melaksanakan pendidikan seks yang komprehensif dan menamatkan segala bentuk keganasan.
Teruskan Membaca“Orang yang tidak sukakan kedamaian atau gangguan yang berlaku adalah daripada pihak lain yang mengganggu peserta perhimpunan, dalam bentuk gangguan nyata dan juga gangguan dalam talian yang melibatkan keganasan berasaskan jantina dalam talian.
“Beberapa perhimpunan yang lalu, kita selalu melihat terdapat keganasan berasaskan jantina dalam talian selepas atau semasa perhimpunan, jadi kita harap tahun ini jika perkara-perkara seperti ini berlaku, kita mahu melihat pendirian teguh daripada kerajaan untuk menyatakan bahawa jenis tingkah laku ini tidak dapat diterima,” katanya pada Isnin.
Susulan daripada itu, penganjur juga merancang untuk berarak ke Dataran Merdeka pada hari sama.
Terdahulu, pihak polis enggan menerima notis daipada jawatankuasa penganjuran WMMY 2024 yang dihantar sebanyak empat kali mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, untuk acara itu.
Menurut Augustin, polis bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa pihak berkuasa itu enggan menerima penyerahan notis sebelum ini.
Dalam perkembangan terkini, pihak polis telah menerima notis perhimpunan Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Berikut merupakan 10 tuntutan perarakan tahun ini:
1. Mengutamakan pemerkasaan ekonomi dan pembangunan golongan kelas pekerja berbanding syarikat
2. Mengisytiharkan krisis iklim dan melibatkan penyertaan daripada wanita dan orang asli
3. Menamatkan segala bentuk keganasan dan diskriminasi terhadap minoriti gender dan seksual
4. Melaksanakan pendidikan seks yang komprehensif untuk melindungi dan memperkasakan hak kanak-kanak
5. Melaksanakan perkhidmatan kesihatan reproduktif dan mental segera, inklusif dan boleh diakses dalam penjagaan kesihatan
6. Memastikan peluang dan penyertaan yang sama untuk semua pada semua peringkat membuat keputusan politik
7. Menghapuskan keganasan berasaskan jantina dalam kehidupan peribadi dan awam
8. Memastikan undang-undang kewarganegaraan yang saksama dari segi jantina
9. Melindungi kebebasan berhimpun dan bersuara
10. Menamatkan semua konflik bersenjata dan pembebasan untuk semua — KL Viral
Baca juga: