Terkini

MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu 10,000 pelajar IPT pulang beraya

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan lebih RM1.6 juta untuk membantu 10,000 mahasiswa di sekitar Lembah Klang pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Pengerusi MAIWP, Tn Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku sepanjang perjalanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1,628,000.00.

“MAIWP telah bekerjasama dengan 8 buah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur untuk menghantar pulang para mahasiswa dan mahasiswi ke kampung halaman dengan pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP,” katanya.

Perkara itu dinyatakan dalam majlis pelancaran Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa itu diadakan di Universiti Poly-Tech Malaysia, Cheras sebagai tuan rumah.

Dalam majlis sama, Pengerusi MAIWP turut menyampaikan gerobok rezeki Universiti kepada 10 buah universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Poly-Tech Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia Kuala Lumpur, Kolej Queens dan Universiti Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 3 juta.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Pengurusan) MAIWP, Mohd Fauzi Abidin serta barisan pengurusan universiti. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top