Kerajaan optimis kadar pengangguran negara turun kepada 2.5 peratus pada suku pertama tahun depan berdasarkan usaha kerajaan yang berjaya menarik lebih banyak pelaburan sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, trend penurunan itu dapat dilihat susulan kadar pengangguran negara pada suku pertama tahun ini mencatatkan 3.5 peratus berbanding 4.1 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.
Teruskan Membaca“Perkembangan positif ini berikutan usaha kerajaan membawa masuk pelabur asing berteknologi tinggi sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan rakyat di negara ini. Apa yang dilakukan ini adalah kerana mendokong fikrah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kita menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat.
“Caranya adalah dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak termasuk kursus keusahawanan,” katanya ketika berucap pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs Bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO (HAWA) di perkarangan Dewan Millenium, Kepala Batas di sini hari ini.