JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Majlis Ihtifal Aulad Al-Islami Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada Ahad.
Majlis yang bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 2.30 petang di Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiah, dan Masjid Jamek An-Nur tersebut mempertandingkan sebanyak 10 acara secara keseluruhannya.
Teruskan Membaca“Antara 10 acara yang diadakan termasuk tilawah al-Quran, bercerita kisah al-Quran, hafazan, azan, khutbah, nasyid, syarahan, penulisan jawi dan seni khat.
“SRA Attarbiyah Al-Islamiah dinobatkan sebagai johan keseluruhan ihtifal tersebut,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh JAWI.
Majlis tersebut diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat dalam kalangan pelajar SRA dan KAFA di Wilayah Persekutuan Labuan di samping dapat melahirkan imam-imam muda, muazin dan qari yang hebat suatu hari nanti.
Dalam pada itu, pemenang-pemenang majlis ihtifal tersebut akan mewakili Labuan ke Ihtifal Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan akan datang.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Dr Baharudin Othman yang juga merupakan perasmi majlis tersebut. — KL Viral
Baca juga: