JENAMA perkhidmatan pengangkutan awam, Rapid KL mengumumkan penutupan jalan bagi dua laluan hentian bas yang tidak dapat dilalui dan dilencongkan ke destinasi lain pada 9 Februari hingga 3 Mac 2024.
Menerusi hantaran di Facebook milik Rapid KL, penutupan jalan di Persimpangan Persiaran Semarak Api adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan terbabit.
Teruskan Membaca“Hentian bas Rapid KL yang tidak dapat dilalui sepanjang kerja penyelenggaraan itu termasuk hentian bas di Kolej iCOOP (SP344) dan GLOMAC Cyberjaya Timur (SP27).
“Laluan bas yang terlibat dalam penutupan adalah T504 dan T506,” kata kenyataan tersebut.
Sepanjang kerja ini dilaksanakan, bas yang melalui laluan tersebut akan dilencongkan ke Jalan Teknorat 3 dan kembali ke laluan asal. — KL Viral
Baca juga: