Seorang lelaki yang sebelum ini tular kerana menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk pembedahan implan tempurung kepala akhirnya menerima bantuan selepas kisahnya mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Kedah Zaiton Yahya Muhammad Sumbangan menyampaikan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Sufi Abdul Aziz, 36 di rumahnya di Taman Jitra Indah, semalam, memetik laporan media tempatan.
Teruskan Membaca“Muhammad Sufi sebelum ini terlibat dalam kemalangan pada Disember 2023. Akibat kemalangan itu, dia mengalami kecederaan teruk di kepala. Pihak ICU dimaklumkan Perdana Menteri simpati dengan apa yang berlaku dan telah meminta saya mewakili beliau menyampaikan sumbangan.
“Saya harap, sumbangan ini dapat mengurangkan beban dipikul Muhammad Sufi dan berdoa agar Allah mempermudah segalanya dan semoga Muhammad Sufi cepat sembuh dan kembali normal seperti sediakala,” kata Zaiton.
Muhammad Sufi yang juga penjual daging salai, tular di media sosial baru-baru ini apabila menjalankan perniagaannya secara dalam talian bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala.