Terkini

Kunjungan hormat Duta Republik Arab Mesir ke Malaysia – Dr Zaliha Mustafa

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berbear hati menerima kunjungan hormat Duta Republik Arab Mesir, Ragai Tawfik Said Nasr ke Malaysia pada Selasa.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang potensi kerjasama ‘twin city’ antara Malaysia dan Mesir selain, perkongsian berkenaan struktur pentadbiran Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi.

Dalam masa sama, TYT Ragai turut berkongsi berkenaan ‘New Administrative Capital’ atau NAC di Mesir yang berkeluasan 714 kilometer persegi.

“Sehubungan itu, kota tersebut merupakan salah satu projek untuk pembangunan ekonomi dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Wawasan Mesir 2030.

“Saya juga berkesempatan berbincang berkenaan isu semasa yang sedang berlaku di Gaza, Palestin,” katanya menerusi lama Facebook miliknya sendiri.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top