PELBAGAI aktiviti menarik telah menjadi perisian dalam program Teh Hijau Kuala Lumpur Edisi Julai 2024 yang diadakan Sabtu lalu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bertemakan ‘Belia Bersama Komuniti’, program tersebut diserikan dengan pelbagai jenis aktiviti bertemakan belia yang dapat menarik ramai belia untuk turut menyertai program pada hari tersebut.
Teruskan Membaca“Antara aktiviti yang bertemakan belia termasuk Fun Run, pertandingan B-boy, pertandingan paperplane, showcase kereta Tamiya, Digimon Battle Challenge, job matching ekonomi gig, program lukisan mural, pertandingan papan selaju, pertandingan basikal BMX, dan pertandingan cosplay.
“Selain aktiviti bertemakan belia, program Teh Hijau Kuala Lumpur turut diserikan dengan reruai perkhidmatan DBKL dan agensi kerajaan, perkhidmatan potong rambut, perkhidmatan manicure, Jualan Rahmah dan Jualan Agro Madani,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL.
Dalam pada itu, program tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh yang telah meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang diadakan.

DBKL turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan strategik yang turut mengambil bahagian dalam penganjuran program The Hijau Kuala Lumpur edisi Julai tersebut.
Antara rakan strategik yang mengambil bahagian termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Belia Sukan, Pusat GIATMARA dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Turut mengambil bahagian, rakan strategik lain termasuk Fipper, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), KL City dan Tabung Haji.
Pihak DBKL turut mneyatakan bahawa program edisi seterusnya akan diadakan pada masa akan datang.
Baca juga: