DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan sitaan dan pindah halangan terhadap penjaja warga asing di sekitar Desa Tasik dan Jalan Tasik Selatan 20, Bandar Tasik Selatan, Selangor pada Khamis.
Menurut satu kenyataan, DBKL membuat tujuh kes sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil 3(1) Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
Teruskan Membaca“Kesemua kes sitaan adalah atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dari DBKL.
“Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, kanopi, tong gas dan lain-lain peralatan kemudian, barangan serta peralatan yang disita akan dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam pada itu, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Difahamkan, tindakan khas tersebut berjaya dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak.
Baca juga: