DBKL sita barangan 16 penjaja asing di Bukit Bintang

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Bukit Bintang menjalankan operasi tindakan khas pindah halangan ke atas penjaja warga asing di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 16 penjaja telah dikenakan tindakan sita serta merta di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 yang melibatkan 15 penjaja warga asing berniaga tanpa menggunakan lesen perniagaan yang sah serta seorang penjaja warganegara dikenakan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?