Terkini

JAWI sarankan pelaksanaan solat Hajat buat kesejahteraan rakyat Palestin

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi saranan melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Susulan kenyataan tegas dan konsisten yang dizahirkan oleh kerajaan terhadap isu Palestin lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh barakah.

Menurut Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, pihaknya menyarankan agar masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat Hajat.

“Solat Hajat tersebut bertujuan bagi mendoakan perlindungan dan keselamatan berterusan buat rakyat Palestin yang akan diadakan pada Khamis selepas solat fardhu Isyak dana hari Jumaat selepas solat Jumaat setiap minggu sepanjang bulan Ramadan bermula 21 Mac 2024.

“Dalam masa sama, doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT dalam bulan Ramadan yang mulia merupakan lambang solidariti dan empati umat Islam berikutan penindasan dan kekejaman berpanjangan yang dilakukan oleh rejim Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, semoga tarbiah madrasah Ramadan dapat mencetuskan keinsafan kepada diri terhadap kesusahan yang dialami oleh umat Islam di seluruh dunia serta menjadi detik bermakna untuk melipat gandakan amalan kebajikan dengan mengimarahkan masjid dan surau bagi meraih ganjaran pahala.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top