Sembilan buah kenderaan terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 5.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan tersebut jam 2.25 petang.
Teruskan MembacaBeliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta dari arah Klang menuju ke Kuala Lumpur yang berada di lorong sebelah kanan telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta.
Kata beliau, akibat pelanggaran tersebut, kereta yang dilanggar telah bergerak ke hadapan dan melanggar kenderaan-kenderaan lain.
“Sebanyak sembilan buah kenderaan terlibat dalam kemalangan ini.
“Seorang pemandu berusia 30-an mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.