Terkini

PM hulur sumbangan kepada pelakon veteran Mak Jah

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.

Dalam catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata, sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelakon tersebut di Cheras pagi tadi.

“Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia pemfileman.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepadanya bagi membantu urusan perubatan Mak Jah,” menurut catatan itu.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT.

Baru-baru ini, Mak Jah, 74, mendedahkan beliau sudah tidak mampu menerima tawaran lakonan gara-gara masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top