Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di daerah ini menerima ancaman bom sejak Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima aduan ancaman bom daripada sebuah sekolah antarabangsa sekitar jam 10 pagi, manakala satu lagi aduan pada awal pani semalam.
Teruskan MembacaBeliau berkata, aduan yang diterima daripada sekolah antarabangsa pada pagi semalam diperoleh setelah pihak pengurusan baru menyedari menerima email ancaman bom tersebut.
“Kami menerima satu lagi aduan ancaman bom pada awal pagi sekitar jam 8, setelah pihak sekolah itu membuka akaun email.
“Setelah security flushing atau tindakan pembersihan keselamatan dilakukan, kita dapati tiada sebarang bahan letupan atau bom di kawasan sekolah antarabangsa tersebut,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelupusan barang kes dan lelongan kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Hadir sama Hakim Mahkamah Bandar Baru Bangi, Effandi Nazila Abdullah dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Nor Azizulkifli Mansor.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, semua tindakan yang diambil semasa tindakan pembersihan keselamatan dilakukan mengikut standard of prosedure (SOP) ditetapkan.
Jelas beliau, pihak sekolah diminta mengosongkan bangunan dan mengalih pelajar ke tempat yang selamat.
Tambahnya, selepas dibuat pemeriksaan, pihak polis tidak menemukan bom, bahan letupan atau benda yang mencurigakan.
Sehubungan itu katanya, polis telah menyerahkan sekolah kepada pihak pengurusan dan sesi sekolah berjalan seperti sedia kala.
Namun begitu menurutnya, satu kertas siasatan berhubung ancaman bom telah dibuka di daerah lain.
Baca juga: