Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi Hormat Undang-undang Fasa dua dengan lebih tegas membabitkan kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara bermula 15 sehingga 29 September.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan semula berikutan impak positif dalam kalangan pengguna terhadap kepatuhan peraturan jalan raya.
Teruskan Membaca“Kita akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
“Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, hari ini.