Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan Januari 2024, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menerusi kenyataan pada Isnin, KPM berkata, bayaran itu akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian itu.
Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk BAP dan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.
Ia akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara.