Terkini

Jangan pakai baju, mafela ‘Free Palestine’ di Mekah, Madinah

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi berpesan kepada jemaah umrah negara ini supaya tidak sesekali memakai baju atau mafela ‘Free Palestine’ sewaktu berada di sana kerana ia salah di sisi undang-undang.

Wanita dikenali sebagai Masnira Ramli itu memberitahu, ini berikutan terdapat jemaah yang ditahan susulan kesalahan tersebut sekali gus menasihati jemaah umrah Malaysia supaya berhati-hati.

“Jangan pakai baju atau mafela ‘Free Palestine’ di Mekah, Madinah. Salah di sisi undang-undang. Dah ada jemaah yang kena tangkap terus ke ‘dalam’ sebab pakai. Hati-hati ya semua jemaah.

“Bukan negara ini tak support (sokong). Tetapi memang itu undang-undangnya. Bukan tentang isu ini sahaja, malah apa-apa isu dalam negara atau dunia pun tak boleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, dia turut menasihati agensi umrah Malaysia untuk mengingatkan jemaah masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pelbagai

Scroll to Top