Terkini

Pesawat terhempas di Elmina Shah Alam, 10 maut

Sebuah pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan kawasan perumahan Seksyen U16, di Bandar Elmina, dekat sini, petang tadi.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial yang memperlihatkan gambar dan video asap hitam di kawasan kejadian.

Seramai 10 mangsa termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang terkorban dalam nahas pesawat sewa khas yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina, di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.

Pesawat ringan dipercayai jenis Premier 1 Beechcraft dengan nombor pendaftaran N28JV dengan kapasiti 8 orang penumpang dikatakan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang.

Pelbagai

Scroll to Top