Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai peranannya sebagai model baju melayu semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.
Gurauan ini timbul selepas Syed Saddiq mendedahkan bahawa beliau terpaksa menjadi model baju raya untuk sebuah jenama fesyen tempatan bagi mendapatkan sumbangan lebih RM1 juta untuk penduduk Muar, berikutan ketiadaan peruntukan daripada kerajaan pusat.
Teruskan MembacaSemasa perbahasan, Anwar dengan nada berseloroh bertanya, “Muar tak pakai baju Melayu hari ni?”, merujuk kepada Syed Saddiq yang tidak memakai baju Melayu pada hari tersebut.
Pertanyaan ini mencetuskan gelak ketawa dalam kalangan Ahli Parlimen yang hadir, mewujudkan suasana santai di Dewan Rakyat.
Syed Saddiq sebelum ini menjelaskan bahawa beliau terpaksa menjadi model kerana usaha mendapatkan peruntukan melalui rundingan dengan kerajaan tidak berhasil.
Beliau mendakwa telah berunding sebanyak lima kali dan menghantar surat, namun tidak menerima sebarang bantuan.
Oleh itu, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat di kawasannya.