Kerajaan Johor bersedia membantu remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adik beradiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata kisah tragis itu memberi kesan kepadanya apatah lagi kepada Abdur Rahman Amir Ruddin,19, iaitu mangsa kemalangan. Ibu dana bapanya yang terkorban Amir Ruddin Ismail, 46, merupakan imam di sebuah masjid di Kluang manakala Norahimah Noor Muhammad, 43, guru agama di sebuah sekolah agama di Felda Kemedak, Segamat.
Teruskan MembacaSemua pasti mengetahui berita kemalangan lori treler yang mengakibatkan kematian enam sekeluarga semalam (Jumaat). Suaminya seorang imam (Amir Ruddin) dan isterinya (Norahimah) seorang guru KAFA… kedua-duanya amat dekat di hati saya sebab mereka adalah kakitangan di bawah portfolio saya.
“Pada masa sama, kita akan bantu anak muda ini (Abdur Rahman) sekiranya ada bantuan yang dapat kita usahakan, kita juga tadi (semalam) serahkan sumbangan tanda berkongsi kesedihan,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook malam tadi.
Semalam, Mohd Fared bersama-sama Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Selamat Takim melawat Abdur Rahman di Kampung Parit Lapis, Parit Jawa, Muar.
Empat adik-beradik Abdur Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan itu ialah Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10; dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori.
Seorang lagi mangsa Abdullah Amir Ruddin, 15, yang mengalami kecederaan teruk masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat dan kini ditidurkan.