Terkini

PM: Kerajaan jamin harga beras tempatan kekal

Sebarang kenaikan harga beras putih tempatan tidak akan dibenarkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan memberi harga beras tempatan tidak akan naik, walaupun negara sedang berhadapan peningkatan harga barangan runcit di pasaran dunia.

Oleh itu, tegasnya, kerajaan turut memberi jaminan akan mempertingkatkan pegeluaran beras tempatan jika berlaku pertambahan permintaan dalam kalangan rakyat.

“Memang benar kita sedang menghadapi masalah  harga beras  yang sedang naik. Beras import yang dibawa dari India juga dikenakan cukai import sebanyak 40 peratus.

“Tetapi apa yang kita (kerajaan) buat? Kerajaan menetapkan harga beras putih tempatan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia tidak boleh naik.

“Jadi bila ada yang bertanya mengapa harga beras naik, kenapa beli beras import?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha bagi memastikan harga barang berada pada paras yang tidak membebankan rakyat bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan namun kerajaan mempunyai mekanisme tertentu bagi mengawal harga kenaikan bahan makanan di peringkat tempatan.

Pelbagai

Scroll to Top