Sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada tahun ini menjadi satu sambutan yang sangat bersejarah kepada Rubiah Abdul Rahman, 64 tahun, yang buat pertama kali dalam hidupnya, inilah sambutan Hari Kebangsaan yang pertama.
Demi semangat meraikan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Rubiah sanggup turun dari Kelantan dan sudah berada di sini sejak seminggu yang lalu.
Teruskan MembacaRubiah yang ditemui, berkata dia dan anaknya sudah berada di Dataran Putrajaya seawal jam tujuh pagi. Dan dia sangat teruja untuk menonton perarakan yang sebelum ini hanya di lihat di kaca televisyen.
“Makcik sangat teruja dan tak sabar. Ini kali pertama makcik melihat sendiri sambutan depan mata, biasa tengok di televisyen. Tengok depan mata ni semangatnya sangat berbeza. Alhamdulillah, ada juga peluang makcik untuk melihat dan merasai sendiri,”.
“Paling makcik suka dan semangat tengok ialah perbarisan badan beruniform terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Anak makcik ada yang kerja dalam bidang ini, jadi melihat askar berbaris seolah-olah melihat anak makcik yang berada di situ”, kata Rubiah dengan penuh semangat.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 dengan tema “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” adalah kali pertama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan buat kali kelima tahun ini selepas 2003, 2005, 2018 dan 2019.