Indeks jenayah di ibu negara mencatatkan penurunanbagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos sebanyak 10.3 peratus kepada 3,005 kes berbanding 3,349 kes.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sebanyak 68.95 peratus atau 2,072 kes berjaya diselesaikan setakat hari ini.
Teruskan Membaca“Jenayah kekerasan mencatatkan penurunan sebanyak 115 kes tahun ini berbanding 738 kes pada 2022 begitu juga jenayah harta benda menurun 8.8 peratus berbanding tahun lalu.
“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas pelbagai jenis dadah sejak Januari hingga Ogos bernilai RM53.3 juta berbanding RM83 juta dirampas pada 2022,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Allaudeen berkata, jumlah tangkapan bagi tempoh Januari hingga Ogos seramai 9,765 orang, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 350 orang berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 9,415 orang.
“Sasaran kita untuk mengurangkan lagi kadar jenayah, kita ada baki lagi tiga bulan dan kita akan berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan kadar jenayah,” katanya.