Terkini

PRN: Anwar, Wan Azizah mengundi di SK Seri Penanti

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, hadir ke pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Kubang Semang, Bukit Mertajam, kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Anwar dan Wan Azizah sampat meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi di pusat mengundi.

Turut kelihatan ialah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir bagi kerusi Pakatan Harapan (PH)-Amanah, Muhammad Faiz Fadzil. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Faiz diicabar wakil Perikatan Nasional (PN), Amir Hamzah Abdul Hashim (Pas).

Pelbagai

Scroll to Top