KUALA LUMPUR – AirAsia bakal cipta sejarah tersendiri apabila akan menamakan sebuah pesawat dengan nama wartawan tempatan sebagai tanda penghargaan kepada warga media negara!
Pengumuman itu dibuat oleh Tan Sri Tony Fernandes sendiri, Pengasas Bersama AirAsia dan CEO Capital A Berhad, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang berlangsung penuh meriah semalam.
Teruskan Membaca“Nama wartawan tu akan dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil.
“Bila dah siap, pesawat tu akan dilancarkan di KLIA2!” kata Tony dengan penuh teruja.
Lagi menarik, bukan sekadar nama saja pesawat tu juga akan dihias dengan gambar dan info menarik tentang dunia media di Malaysia.
Penumpang boleh tahu lebih banyak tentang sejarah dan peranan wartawan negara masa dalam penerbangan!
Bukan itu je! Wartawan di Malaysia bakal dapat diskaun 50% tiket pergi balik ke mana-mana 57 destinasi dalam ASEAN.
Tapi syaratnya, kena ada Kad Perakuan Media yang sah daripada Jabatan Penerangan (JaPen).
Tempahan dibuka hingga 31 Disember 2025, dan boleh digunakan untuk penerbangan dari April hingga September 2026.
Penebusan diskaun pula akan dibuat melalui baucar khas dari JaPen di laman web AirAsia nanti.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi, ini antara inisiatif istimewa sempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025 bukti kerajaan dan AirAsia serius nak hargai pengamal media.