Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau pada Isnin.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, beliau mengharapkan agar keluarga Allahyarham tabah mengharungi kehilangan pemuzik tersohor itu.
Teruskan Membaca“Terima kasih kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air,” tambah Datuk Seri melalui hantaran tersebut.
Anwar turut mendoakan Allahyarham agar ditempatkan bersama dalam kalangan golongan orang-orang beriman.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak pada usia 85 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah.
Perkara itu disahkan anaknya, Ahmad Zailani yang memberitahu bapanya meninggal dunia pada pukul 4.46 petang.
Media sebelum ini melaporkan Allahyarham juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. — KL Viral
Baca juga: