Kegembiraan sepasang suami isteri tidak bertahan apabila kereta baharu mereka ditenggalami air akibat banjir kilat di Puchong, pada Sabtu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azhazul Azri di Facebook, adiknya yang merupakan seorang jurujual sempat bergambar dengan pelanggan yang mengambil kereta tersebut kira-kira pukul 5 petang.
Teruskan MembacaBagaimanapun, sekitar pukul 6 petang, kereta jenis Proton X50 tersebut telah pun tenggelam akibat banjir kilat yang melanda kawasan tersebut.
“Adik saya deliver (hantar) kereta pelanggan pukul 5 petang. Pukul 6 petang kereta pelanggan tenggelam banjir.
“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk pusat beli-belah cuaca panas. Pergi makan pergi solat, keluar pusat beli-belah kereta dah tenggelam. Baru sejam keluar ‘showroom’,” tulisnya.
Tinjauan media di ruangan komen mendapati ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa pasangan suami isteri itu serta turut mendoakan agar dipermudahkan urusan untuk mereka.
“Fuh terus hilang bau kereta baru. Kena buat ‘car detailing’ cabut ‘seat’ untuk keringkan lantai tu. Atau parking lah tengah-tengah panas dalam seminggu sambil buka tingkap sikit,” komen Afif Izwan.
“Kali terakhir banjir dekat IOI Puchong ni pun ada orang ‘update’ dekat group Proton X50 tanya kos nak baiki di luar. Kesian abang itu baru pakai kereta dua bulan,” komen MeowKimm.
“Sebab itu penting ambil insurans ‘cover’ semua. Walaupun tak duduk kawasan banjir pun ambil je. Kita manalah nak tahu berjalan kat satu kawasan itu tiba-tiba banjir,” komen seorang pengguna yang lain pula. – Kosmo! Online.
Baca juga: