Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa nahas yang mengorbankan enam beranak di Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi kepada waris keluarga tersebut, Abdurrahman Amir Ruddin, 19.
Teruskan Membaca“Lebih malang adiknya saudara Abdullah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Segamat, Johor. Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan dari pihak saya bagi mereda ujian dan beban yang ditanggung Rahman,” katanya di laman Facebook hari ini.
Pada hantaran tersebut, Anwar turut memohon agar semua membantu dan mendoakan Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadapi ujian.