10 kenderaan dilaporkan rosak teruk dipercayai dihempap sebahagian struktur bumbung bangunan di Jalan Kuchai Lama.
Difahamkan beberapa kenderaan tersebut rosak dipercayai terkena serpihan struktur bumbung yang terjatuh.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan ringkas memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Dua Pegawai dan 10 anggota polis Brickfields serta dua Pegawai dan 17 anggota JBPM, selain anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya KUALA LUMPUR (DBKL) terbabit dalam operasi susulan kejadian ini.