SATU hantaran tular di media sosial berkenaan simbol tandas yang cukup mengelirukan di bandar Kuala Lumpur.
Kebiasaannya hanya negara luar yang mempunyai logo tandas yang pelik-pelik, ternyata negara kita juga tidak ketinggalan.
Teruskan MembacaKisah ini bermula apabila seorang pengguna Facebook, Fin, berkongsi gambar simbol tandas yang menimbulkan persoalan di kalangan warganet.
Dalam gambar tersebut, terdapat dua simbol yang sangat aneh, satu menunjukkan seseorang yang sedang duduk mencangkung, manakala satu lagi memperlihatkan figura berdiri dalam posisi bengkok ke hadapan.
Namun begitu, Fin turut memaparkan perasaan keliru dan beranggapan bahawa semua ini adalah akibat usaha untuk kelihatan lebih “moden”.
Perkongsian ini tidak lama kemudian menjadi tular dan meraih lebih 1.1 ribu perkongsian dan 5.1 ribu ‘likes’.
Kekeliruan ini juga membawa kepada pelbagai spekulasi di kalangan netizen.
Ramai yang mempertikaikan simbol tersebut dan beberapa individu beranggapan ia bukan sekadar mewakili jantina sahaja.
“Siapa kencing duduk pergi kiri, kalau kencing berdiri pergi kanan. Sekarang banyak tandas unisex,” komen Hanidah Abdullah, mencetuskan tawa di kalangan netizen.
“Lah, ingat kiri tandas cangkung, kanan tandas berdiri,” tambah Al Aida, yang juga berasa keliru.
“Nak berak pun kena pilih tanda Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dulu ke?” soal Myss Syu.
Dari simbol yang seharusnya memudahkan, kini ia menjadi topik perbualan hangat. — KL Viral
Baca juga: