Oleh: Haikal Tajuddin
KOMUNITI old money yang dipimpin oleh pempengaruh, Andika Putera kembali panas setelah salah seorang daripada ahlinya mengakui sanggup menerima wanita sebagai anggota baharu.
Teruskan MembacaAkmal yang merupakan ahli komuniti tersebut menyatakan wanita yang ingin menyertai old money adalah dengan hanya menutup aurat dan wajar mengenakan warna pakaian melambangkan kemewahan.
Akibat kenyataan yang dilontarkan itu, banyak spekulasi negatif dikeluarkan dalam kalangan masyarakat di samping menjadi bahan tohmahan.
“Gaya old money, tetapi cakap macam tiada duit,” komen Syahizaq diaplikasi X.
“Old money sebenar, tidak ada nak berpakaian acah-acah di negara empat musim. Satu lagi, orang yang betul-betul kaya tak main beli coat dekat Uniqlo, kurang-kurang pun beli dekat Zara atau Coach,” balas Wan_Emdibi_.
“Malunya kalau perempuan yang join. Silap-silap dilabel materialistik,” komen tehaistigalayer. — KL Viral