Oleh: Fazleen Safina
IMEJ tudung labuh sering kali dikaitkan dengan wanita solehah menurut ajaran Islam.
Teruskan MembacaNamun, agama Allah itu seolah-olah sengaja dicemarkan apabila terdapat segelintir daripadanya melakukan perbuatan jenayah.
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung labuh dikerumuni oleh orang ramai dipercayai berlaku di sebuah pasar raya terkemuka dekat Johor Bahru, Johor pada Rabu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Adawiyah Mohd Zain, wanita tersebut didakwa mencuri beg duit milik ibu mertuanya.
“(Ini kes) Mak mertua saya pada semalam (Rabu). Perempuan bertudung ‘cream’ tu ambil wallet (beg duit) mak mertua saya dalam beg tangan,” komen Adawiyah pada video berkenaan.
Video berdurasi 37 saat itu turut memaparkan, seorang lelaki tua berjubah kelabu yang juga suami kepada mangsa, tampil memarahi suspek sambil diperhatikan oleh beberapa pekerja dan pelanggan lain.
Walaubagaimanapun, kemarahan lelaki itu sebaliknya ditenangkan mangsa kerana tidak mahu kes tersebut berlarutan.
Tidak cukup dengan itu, suspek sebaliknya hanya kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum ketika dirinya dimarahi lelaki tersebut, sekali gus menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Tulis Aqidah Yaakop895:”Dia buat muka tak bersalah dan boleh senyum lagi. Mak cik yang jadi mangsa ni baiknya dia tak nak panjang cerita.”
Tambah Sandra Rock: “Malu sungguhlah. Dia (suspek) selamba je.”
“Dia ‘relax’ senyum je. Eh, menyirap pula tengok. Macam tak bersalah pula,” ujar TheDapurStory.
Setakat berita ini ditulis, KL Viral sudah pun menghubungi pemilik video tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan, namun masih belum ada sebarang respons. — KL Viral
Baca juga: