Oleh: Haikal Tajuddin
MACAM-MACAM kerenah masyarakat sekarang ini. Kalau boleh semua benda dia nak angkut masuk dalam Transit Aliran Ringan (LRT).
Teruskan MembacaSatu video viral dalam aplikasi X baru-baru ini, terdapat seorang individu yang dipercayai warganegara asing membawa masuk seekor ayam yang masih hidup ke dalam LRT.
Menerusi video berdurasi 5 saat itu, individu tersebut tanpa perasaan malu mencekik tengkuk ayam yang masih bernyawa.
Menyelam ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar tindakan tersebut sebagai satu perkara yang tidak masuk akal, malah mempersoalkan bagaimana individu tersebut diberi keizinan untuk masuk ke dalam LRT begitu sahaja.
“Mana penjaga LRT? Mereka kena berani tegur perkara ini,” komen Rezza1998 dalam aplikasi X.
“Bangla ke? Diaorang mampu bawa gula, garam, milo, biskut, roti, maggi, beras, periuk nasi, peti sejuk, mesin basuh bungkus dalam kain sarung bawa naik flight. Setakat ayam naik train,” balas ehhhwhoamiduh.
“Bulan depan siap buka kantin dalam train, hidang ayam masak merah,” balas MichaelLwk.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak berwajib berhubung perkara tersebut.
Berdasarkan panduan syarat-syarat pengangkutan yang dikeluarkan oleh Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), syarikat tersebut telah menyenaraikan perkara-perkara yang dilarang ketika menggunakan perkhidmatan tersebut.
Semoga individu tersebut lebih berwaspada dan tidak memasukkan lagi ‘ayam’ ke dalam LRT. — KL Viral
Baca lagi: