Nastya Zhidkova
Gadis remaja ini dianggap sebagai gadis albino tercantik di dunia. Lahir pada tahun 1996 di Rusia, Nastya dengan menjadi popular karena kecantikannya dan wajahnya yang fotogenik. Selain itu Nastya juga menjadi terkenal kerana telah membawa perubahan dalam industri peragaan di Rusia. Selain sebagai model, Nastya juga merupakan penyanyi dan penulis lagu yang berbakat. Diasering mengupload videonya ke channel Youtube miliknya.
Teruskan MembacaAva Clarke
Ava Clarke adalah seorang gadis albino berketurunan Afrika Amerika. Penampilan dengan rambut yang perang kerinting, mata berwarna hijau kebiruan, dan bibir merah jambu, Ava menggemparkan peminat fesyen. Gadis ini sudah tampil sebagai model di majalah ternama seperti Vogue, Denim, dan VIP. Mulanya doktor menjangkakan Ava akan kehilangan penglihatan kerana situasinya, tetapi berkat perjuangan orang tuanya, kini Ava masih dapat melihat, membaca, menari balet, dan bahkan menjadi model profesional.
Connie Chiu
Connie Chiu boleh dikatakan sebagai pelopor kepada gadis albino yang menjadi model. Connie yang berasal dari Hong Kong ini dibesarkan di Swedia kemudian pergi ke London untuk mengembangkan kariernya sebagai model professional. Connie memulakan kerjaya sebagai peragawati untuk perenna Prancis Jean-Paul Gaultier di usia 24 tahun. Connie juga merupakan seorang penyanyi jazz.
Herolena Beroperay
Herolena Beroperay dari wilayah Papua, Indonesia menjadi sensasi di internet kerana memiliki paras rupa seperti wanita Barat sehingga mendapat julukan sebagai ‘Barbie Papua’. Dia menerima banyak tawaran untuk menjadi model selain pernah bergelar juara dalam pertandingan Pencarian Model Indonesia di peringkat daerah hingga wilayah.
Diandra Forrest
Model kulit hitam dari albino juga banyak menghiasi industri peragaan. Diandra Forrest pun adalah seorang wanita albino yang sangat istimewa. Selain menjadi model wanita albino pertama yang menerima contra dari agensi terkenal, dia juga seorang peguam di Tanzania yang mewakili anak muda dengan sepertinya. Niatmya menjadi peguam kerana pengalamannya sendiri yang mengaku sering dipinggirkan sejak kecil bahkan sampai sekarang.