ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh memberi amaran terbuka kepada pelakon, Iqram Dinzly agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya.
Amaran tersebut muncul selepas Iqram atau nama sebenarnya Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 42, menyatakan sokongan kepada Shuk dan meminta orang ramai agar tidak hanya mendengar sebelah pihak dalam isu rumah tangga pasangan itu.
Teruskan MembacaFara secara tegas menyatakan bahawa Iqram tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam permasalahan peribadinya.
“Untuk Iqram, jauhkan diri. Kau geram macam mana pun kau tak ada hak nak masuk campur,” kata Fara.
Terdahulu, Iqram melalui Instagramnya meminta netizen supaya tidak terus mempercayai segala dakwaan yang dikeluarkan oleh Fara mengenai isu rumah tangganya.
Sebelum ini, Fara memberi bayangan bahawa rumah tangganya dengan Shuk sedang berantakan dengan menuduh suaminya sebagai ‘kaki perempuan’, kemudiannya menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.
Kontroversi tersebut semakin hangat apabila Fara, sebelum ini pernah mencetuskan kekecohan kerana mempunyai hubungan dengan Shuk ketika dia masih berstatus suami orang dan menyesal berkahwin lalu meminta cerai.
Namun, Shuk menafikan semua tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa dia tidak pernah memburukkan isterinya di hadapan orang lain.
Shuk dan Fara berkahwin pada November tahun lalu, menjadikan ia sebagai perkahwinan kedua buat pelawak tersebut.
Sebelum ini, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023. — KL Viral
Baca juga: