USAHAWAN sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM memohon kepada orang ramai agar tidak meletakkan harapan tinggi untuk melihat dia menutup aurat sepenuhnya sebaik pulang menunaikan ibadah Umrah.
Memetik laporan mStar Online, Kak KM berkata dia belum bersedia untuk mengubah penampilannya itu kerana merasakan belum masanya lagi untuk berbuat demikian.
Teruskan Membaca“Memang beribu-ribu saya dapat komen pasal umrah, mereka nak tengok saya pakai tudung ke tak. Jangan letak harapan terlalu tinggi, saya bukan ustazah. Saya hanya orang baisa dan saya belum dapat lagi ‘rasa’ nak pakai tudung. Insya-Allah, akan sampai satu masa itu tapi buat masa ini memang belum lagi,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata dia tidak mahu memakai tudung hanya kerana desakan orang ramai kerana bimbang ianya tidak akan kekal lama sebaliknya biarlah iklas datang dari hati tanpa paksaan.
“Saya tidak mahu balik-balik umrah terus pakai tudung. Memang ada rasa nak pakai tapi nanti takut tak sampai setahun buka tudung semula.
“Saya tak mahu jadi seperti itu. Biarlah saya pakai tudung bukan kerana orang yang suruh. Saya punya perangai bukan dengar cakap orang, saya ikut hati sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM bagaimanapun berkata dia akan lebih menjaga pemakaiannya dan tidak akan berpakaian seksi.
“Mungkin saya akan jaga cara pemakaian, seksi itu memang insya-Allah dah tak ada. Kalau pakai baju apa-apa kena cover seperti jaket. Ini perkara pertama yang saya akan cuba buat dulu,” katanya lagi.
Baca juga: