USAHAWAN kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat mendedahkan dia menghidap penyakit kanser sebaliknya dia hanya disyaki menghidapi penyakit berbahaya itu oleh doktor.
Menurutnya, dia disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh seperti Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) untuk mendapatkan pengesahan.
Teruskan Membaca“Sebenarnya saya cuma disyaki hidapi kanser tapi bukannya betul lagi sebab doktor kata saya terlalu kurus.
“Tekak, mata saya semua diperiksa dan minta saya untuk jalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh. Biasalah doktor dekat sini macam-macam dia tanya lagi-lagi bila saya terlampau kurus,” katanya dalam perkongsian di akaun TikTok miliknya.
Sajat yang bermastautin di Australia mengatakan, berat badannya turun mendadak kerana penukaran rutin harian dan memasuki kelas tarian.
“Biasalah saya kurus sebab masuk kelas tarian dan tukar diet harian, lepastu doktor tengok kita kurus dia terus syak yang bukan-bukan. Tak tahulah betul atau tak, kalau betul pun biarlah. Malas nak fikir,” ujarnya lagi.
Sajat turut meluahkan perasaan tertekan sejak duduk di negara asing secara berseorangan malah menerima berita sebegitu.
Pempengaruh media sosial berusia 38 tahun itu menjadi lebih beremosi apabila netizen mula mempersoalkan keadaan tubuh badannya.
“Di sini doktor cakap saya sakit, anda pun asyik tanya benda yang sama, sakit hati pula saya dengar.
“Apa pun saya berharap apa yang disebutkan doktor itu sekadar andaian, bukan betul-betul,” ujarnya, memetik laporan Kosmo!.
Sebelum ini, Sajat disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani fasa kuarantin di kediamannya sahaja selepas mengalami simptom batuk dan mual.
Baca juga: