TIADA angin, tiba-tiba pokok bergoyang. Begitulah gambaran keadaan pelakon Fathia Latiff dengan Zahirah MacWilson apabila dia mengeluarkan kenyataan menyamakan wajah pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat itu dengan bibik atau pembantu rumah.
Perbuatannya itu lantas mengundang pelbagai reaksi termasuk ibu Zahirah sendiri, Maslinda Yusoff yang mengaku kesal dengan kenyataan dikeluarkan Fathia, lebih-lebih lagi anak sulungnya itu sedang hamil.
Teruskan MembacaKatanya, perbuatan Fathia itu dianggap sebagai satu bentuk penghinaan dan fitnah yang sengaja dilakukan bagi memburukkan anak serta menantunya, pelakon Aiman Hakim Ridza.
“Semua ini ujian daripada Allah. Bersabarlah Zahirah dan Aiman. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji buruk-burukan anak dan menantu mama.
“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak (Zahirah) tengah mengandung sekarang. Jangan sedih okay. Mama dan ayah sentiasa ada di sisi kamu. Kami sangat sayang kakak,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram pada Selasa.
Dalam pada itu, Maslinda turut mempertahankan kecantikan yang dimiliki anaknya itu semula jadi.
“Awak (Zahirah) mempunyai kecantikan dari luar dan dalam. Seorang anak, ibu dan isteri yang penyayang. Saya sayang awak,” katanya.
Sebelum ini, Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah selain mendakwa pelakon itu membuat pembedahan kosmetik pada bibir.
Malah Fathia turut mengatakan Zahirah merupakan pelakon yang tidak popular dan tiada setanding untuk dibandingkan dengan dirinya.
Malah Fathia memberitahu dia bersyukur kerana tidak bersama pelakon Aiman Hakim sebaliknya bekas teman lelakinya itu berkahwin dengan Zahirah.
Video yang tular itu dipercayai dibuat ketika Fathia membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees, 2.
Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015. — KL VIRAL
Baca juga: